Trump dijangka hadir ke Malaysia Oktober ini

Oleh ROSLAN ZAMAN

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dijangka akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan berlangsung pada Oktober ini.

Perkara berkenaan disahkan oleh Setiausaha Negara AS, Marco Rubio ketika ditanya berkenaan kehadiran Trump ke Malaysia pada sidang semalam.

“Ya, itu berkemungkinan,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Tiga Hala antara AS, Jepun dan Filipina di Kuala Lumpur.

Pentadbiran AS juga sedang berbincang bagi penetapan tarikh rasmi Sidang Kemuncak ASEAN-AS berikutan cadangan dikemukakan oleh Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini, tambah Setiausaha Negara AS itu lagi.

Sebelum ini, kali terakhir Presiden Amerika Syarikat datang ke Malaysia adalah pada november 2015. Ketika itu Presiden Barack Obama hadir ke Malaysia bagi hadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-27 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Kuala Lumpur.

baca: AS minta Malaysia fail tuduhan