Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sebentar tadi menyelar tindakan media utama negara itu berkaitan kebocoran maklumat risikan serangan ke atas Iran.
Trump dengan nada marahnya di media sosial berkata, media CNN dan New York Times cuba menyebarkan maklumat palsu dan bertindak merendahkan usaha tentera Amerika dalam perang Iran – Israel.
“CNN, media berita palsu bersama The New York Times yang semakin tenat, bersekongkol untuk merendahkan salah satu serangan ketenteraan paling berjaya dalam sejarah.
“Tapak nuklear di Iran telah dimusnahkan sepenuhnya! Rakyat sedang menghentam CNN dan The Times!”
Pentadbiran Trump terus mempertahankan tindakan tersebut sebagai kejayaan strategik dan terus menafikan laporan yang mendakwa serangan itu gagal menamatkan program nuklear Iran.