Biasanya bila goreng ikan bilis kat rumah mesti ia akan jadi keras dan ada masa hangit hingga menjadikan ia pahit bila dimakan.
Rupanya nak masak apa sahaja sekalipun kena ikut langkah, jangan main masak sahaja, nanti tak menjadi.
Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Rizal Kitchen tentang cara nak bagi ikan bilis kekal rangup dan tak hangit.
Cara pastikan ikan bilis rangup
Bahan-bahan:
- Ikan bilis saiz kecil (sesuai untuk nasi goreng kampung, nasi lemak)
- Air
- Tepung jagung
Cara-cara:
1. Pilih ikan bilis saiz kecil dan rebus air hingga mendidih.
2. Kemudian rebus ikan bilis ke dalam air mendidih untuk bersihkan habuk yang ada pada ikan bilis.
3. Rebus dalam seminit kemudian toskan ikan bilis tersebut sampai ia betul-betul kering.
4. Masukkan ikan bilis tadi ke dalam satu bekas dan letak empat sudu tepung jagung supaya kerangupan ikan bilis tahan lama.
5. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum masukkan ikan bilis untuk digoreng.
6. Pastikan goreng ia hingga ranggup dan jangan tinggal ia kerana ia perlu sentiasa dikacau.
7. Angkat dan toskan serta biarkan ia sejuk. Selesai!
Baca juga: Datuk Vida kirim bantuan banjir dari Tanah Suci, peruntuk RM200,000 beli barang keperluan