Tukar kerajaan solusi hapus akta zalim, kata Presiden Amanah

Oleh MALAYSIADATELINE

 

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) , Mohamad Sabu menyelar keputusan kerajaan Jumaat lalu, meluluskan satu lagi ‘akta draconian’ iaitu Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara 2015 hanyalah mengekalkan kuasa pemerintah Umno-BN disamping menguatkan Akta Hasutan 1948 dan POTA.

Sedangkan hasrat parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahukan jaminan hak asasi dalam perlembahagaan terpelihara.

“ Biarpun sudah lama bantahan dicanang, parti pemerintah terus menang dalam pilihan raya.

“Beberapa orang Ahli Parlimen dan Adun pula sedang didakwa dan disiasat di bawak Akta Hasutan.

“Rakyat pula ditahan di bawah SOSMA sedangkan mereka ini berjuang dengan meluahkan pandangan dan tidak langsung mengangkat senjata dan merosakkan negara,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Sabu lagi kerajaan Umno-BN telah lemah selepas Pilihanraya Umum ke-13 lalu
dan kini cuba mempertahankan pemerintahan mereka hari ini dengan cara ‘authoritarian’.
“Saya menyeru supaya kita tamatkan pemerintahan yang bermaharajalela menggunakan ‘akta draconian’ ini.

“Jika pemerintah baharu juga bersikap serupa rakyat boleh menggunakan kuasa mereka untuk tukar kepada pemerintah lain.

“Pusingan ini akan memberi kuasa kepada rakyat dan pemerintah pula tidak sewenang-wenangnyaa melakukan keslahan kerana mereka sedar akan diadili oleh rakyat.

“Kita mesti bekerja kuat dan jaangan ada pihak bersimpati kepada pemerintah yang cenderung melakukan kezaliman seperti meluluskan` akta drakonian’ saban tahun,” terangnya.