Tular dakwaan Ruhainies sebenarnya isteri orang? Ini bukti disebar ‘jabatan netizen’

Oleh WAN SITI AMINAH

Belum lagi selesai kes khalwat bersama rakan artis, nama pelakon Ruhainies kembali menjadi topik perbincangan hangat di platform media sosial.

Mana tidaknya, pemilik nama sebenar Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas itu didakwa sudah mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang masih tidak diketahui identitinya.

Khabar angin itu mula timbul susulan tersebarnya satu dokumen dipercayai berkaitan perniagaan milik Ruhainies yang berpangkalan luar negara iaitu di London, England.

Menerusi dokumen terbabit, pelakon sensasi itu didapati menggunakan gelaran ‘Mrs’ dalam urusan rasmi sekali gus memberikan bayangan statusnya sebagai isteri orang.

Namun, status syarikat dimiliki bersama seorang ahli perniagaan kelahiran Malaysia yang dikatakan merupakan bekas kekasih Ruhainies itu dinyatakan telah dibubarkan.

Tular di media sosial, dokumen perniagaan tersebut dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok dikenali sebagai Mya Adriana namun tidak didedahkan sumber maklumat itu.

Baca Artikel Penuh