Tular video ‘bomoh siam’ baca mantera dalam perlawanan JDT lawan Buriram

Oleh ROSLAN ZAMAN

Semalam tular satu video menunjukkan aksi seorang ‘bomoh siam’ mengelilingi padang sebelum perlawanan Johor darul takzim melawan Buriram United.

Sambil berjalan di padang, aksi lelaki terbabit dengan mulut terkumat-kamit membaca ‘mentera’ menguatkan lagi sentiman dari penonton JDT yang menuduh kekalahan 0-1 adalah berpunca dari ‘bomoh’ tersebut.

Selepas diselidik rupa-rupanya ‘bomoh’ tersebut adalah pemilik Buriram United, Newin Chidchob. Menerusi video berdurasi satu minit 28 saat berkenaan, Chidchob dilihat berjalan-jalan mengelilingi SSI sambil mulutnya seolah-olah membaca mantera sebelum sepak mula pada pukul 8 malam tadi.

Pada perlawanan sengit semalam, JDT kalah 0-1 di tangan Buriram United di tempat sendiri. Beraksi di hadapan 35,000 penyokong, JDT bermula garang dengan mengancam kubu pelawat yang perlu bertungkus lumus menyerap asakan berbahaya JDT.

@faeiszs Ini bukan tentang JDT tp tentang Malaysia Punca!! Johor vs Buriram #acle #fyp #JDTforAll #luaskankuasamujohor ♬ suara asli – Aauu8888

Tuan rumah menjaringkan gol seawal minit pertama menerusi Bergson da Silva yang menyambar bola tampanan penjaga gol, Neil Etheridge, tetapi jaringan itu dibatalkan kerana ofsaid.

Menjengah ke ruangan komen video yang tular di tiktok itu, rata-rata netizen menulis jangan percaya dengan aksi bomoh tersebut.

“Kalau bomoh ini power, kenapa Thailand tak menang world cup?”, kata seorang netizen.

“Bulan puasa ni mana ada setan woii..”, usik seorang lagi.

baca: Rakyat Malaysia takut nak sambut raya di Thailand