Video memaparkan suasana keluarga pelawak, Shuib selepas pulang berbulan madu menjadi perbincangan hangat di media sosial baru-baru ini.
Berkongsi detik yang mengharukan, video itu merakamkan saat Shuib dan Watie bertemu anak-anak mereka selepas pulang dari Langkawi.
Menerusi video yang beredar, anak-anak Shuib terlihat sangat teruja ketika menyambut kepulangan kedua ibu bapa mereka.
Malah, anak ketiga Shuib iaitu Matin terus mendakap memeluk Shuib dan Watie ketika mereka tiba ke lokasi pertemuan di sebuah restoran.
Mengharukan, Watie juga langsung tidak terlihat kekok saat melayan keletah manja Matin, Talita dan juga Uwais.
Fokus memerhati, pelawak itu juga tampak terharu melihat layanan Watie serta keharmonian yang dikecapi mereka sekeluarga.
Sering dihujani kecaman, kehadiran wanita yang berusia 35 tahun itu disisi Shuib sebelum ini tidak begitu disenangi oleh peminat.
Kononnya tidak layak menggantikan tempat arwah isteri Shuib, Watie juga dianggap tidak sesuai menjadi ibu kepada anak-anak Siti Sarah.
Namun, dengan berkat tularnya video kemesraan keluarga itu, orang ramai mula membuka mata dan terpikat dengan keikhlasan Watie.
Kenyataan itu dapat dilihat menerusi reaksi positif pengguna media sosial di ruangan komen video yang dimuat naik di laman TikTok itu.
“Dulu memang tak suka. Tapi bila tengok sifat Watie ni, lama-lama berkenan. Dia memang baik, sanggup terima dan jaga anak,” kata seorang peminat.
“Suka sangat tengok Watie ni. Baik, lembut sahaja orangnya. Nampak ikhlas nak jaga anak-anak arwah.” Kongsi pengguna lain.
Baca juga: Dah sampai depan pintu tiket pula tak sah, 5 beranak ini hiba tak dapat balik raya