Tular video Syed Saddiq buka pintu untuk Bella Astillah, netizen terharu – “Dalam beg kuning ada lelaki macam ini?”

Oleh WAN SITI AMINAH

Tindakan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberikan layanan istimewa kepada penyanyi dan pelakon iaitu Bella Astillah telah menuai pujian orang ramai, baru-baru ini.

Mana tidaknya di dalam satu rakaman yang ditularkan di platform TikTok itu, Syed Saddiq tampak membukakan pintu buat Bella sekali gus membangkitkan rasa terharu penonton.

Video yang berdurasi 19 saat itu dimulakan dengan aksi Syed Saddiq mengiringi Bella ataupun nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah ke arah kenderaan dipandu oleh wanita terbabit.

Ahli politik berusia 33 tahun itu kemudian membukakan pintu kereta di bahagian pemandu untuk Bella sebelum menutupkannya kembali selepas penyanyi terbabit duduk di tempatnya.

Syed Saddiq kemudian dilihat berjalan menuju ke tempat duduk penumpang kerana ahli politik terbabit tidak boleh memandu kerana difahamkan baru sahaja menjalani pembedahan lasik untuk memperbaiki penglihatannya.

Keprihatinan yang ditunjukkan oleh bekas Menteri Belia dan Sukan dalam rakaman tersebut telah membuatkan para penonton merasa terharu sebelum membanjiri ruangan komen dengan kata-kata pujian.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian berkenaan sudah berjaya meraih mencecah 1 juta tontonan dan 36,200 tanda suka daripada pengguna TikTok yang mana rata-ratanya menyifatkan Syed Saddiq sebagai lelaki budiman.

Ramai juga pengguna mendoakan supaya hubungan dua personaliti popular terbabit berkekalan hingga ke jinjang pelamin malah ada individu berseloroh bertanya jika lelaki seperti Syed Saddiq dijual di atas talian menerusi beg kuning.

“Kalau Syed Saddiq jadi suami, Bella mungkin akan jatuh hati dengan dia setiap saat. Sebab dia sangat budiman. Apa-apa sekalipun yang dilakukan, dia akan fikirkan Bella dahulu,” kata seorang pengguna.

“Ini YB (Yang Berhormat Syed Saddiq) baru selesai jalani pembedahan lasik. Itu sebab Bella yang memandu. Tahu pun sebab tengok video dirakam dekat tempat meletak kenderaan di hospital.” Dakwa pengguna lain.

“Suami saya juga selalu macam ini. Tetapi ketika saya nak keluarlah, bukan masuk. Sebabnya pintu kereta kami rosak. Tak boleh dibuka dari belah dalam. Kena buka pintu dari luar.” Seloroh pengguna lagi.

Baca juga: Harga dipapar dan dibayar pelanggan tak sama, KPDN siasat pasar raya