Tular video ucapan Maal Hijrah, ramai tegur wajah Rina Harun semakin pelik

Oleh KIM SYAZIE

Bekas Menteri Wanita dan Keluarga, Rina Harun kembali menjadi topik hangat di kalangan pengguna media sosial baru-baru ini.

Sekian lama tidak tampil di kaca televisyen, sosok sensasi itu mengejutkan orang ramai setelah memuat naik satu rakaman video di laman TikToknya.

Rina yang juga Ketua Wanita Perikatan Nasional itu menyampaikan ucapan tahun baru sempena Maal Hijrah yang disambut oleh masyarakat Islam.

Tular di media sosial, penonton video berkenaan malah memberi perhatian kepada penampilan Rina kali ini yang tampak sangat berbeza.

Mengundang perbincangan hangat, ramai yang membuat spekulasi bahawa wanita itu telah membuat perubahan di bahagian wajah.

Bentuk badan semakin berisi, rata-rata penonton hairan bagaimana dagu Rina terlihat kurus malah kelihatan semakin runcing daripada biasa.

Ada juga individu yang mempersoalkan keberkesanan pembedahan bariatrik yang dijalani Rina untuk menurunkan berat badan sebelum ini.

“Semakin tembun nampaknya kak. Senang hati ya duduk rumah,” komen seorang penonton.

“Jumpa doktor minta buat bujur sirih, hujung-hujung jadi macam daun kaduk,” seloroh seorang pengguna.

“Tak jadilah nak buat bariatrik kalau macam ini.” Kata seorang pengguna yang kecewa melihat perubahan Rina.

Bekas menteri yang berusia 50 tahun itu sebelum ini pernah mengejutkan rakyat Malaysia setelah berjaya menurunkan badan secara drastik.

Tampil memukau, Rina juga sempat menjalani sesi fotografi bersama busana rekaan pereka fesyen terkenal, Man Kajang.

Baca juga: Belum sedia untuk bersara, Yusof Haslam tak yakin serah syarikat pada anak-anak