Tun Mahathir ceria, kembali pulih sepenuhnya

Oleh NASUHA RAHMAN

Tun Tun Mahathir dimaklumkan semakin pulih dan telah dipindah keluar ke bilik wad biasa IJN hari ini.

Anaknya Marina Mahathir berkata, Tun Mahathir kelihatan ceria dan bersemangat untuk kembali pulih sepenuhnya

“Bagi mengelak jangkitan, kedua-dua Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tidak dibenarkan menerima pelawat di IJN ketika ini,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

“Sekali lagi beliau dan seluruh ahli keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan agar beliau sembuh sepenuhnya,” kata Marina yang juga aktivis sosial itu.

Terdahulu, Marina memaklumkan keadaan bapanya stabil dan memberi respons yang baik kepada rawatan lanjutan prosedur elektif yang dijalankan 8 Jan lepas.

Ahli parlimen Langkawi itu dimasukkan ke IJN buat kali ketiga dalam tempoh sebulan.

Pengerusi Pejuang itu juga – yang akan mencecah 97 tahun pada Julai – telah dimasukkan ke IJN untuk pemeriksaan kesihatan penuh dan pemerhatian lanjut pada 16 Dis lalu dan menghabiskan seminggu di sana sebelum dibenarkan keluar pada 23 Dis.

Dia kemudiannya dimasukkan ke IJN untuk prosedur elektif pada 7 Jan dan keluar pada 13 Jan.