Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahahtir Mohamad hari ini merasmikan sebuah klinik sempena ‘namanya’ sendiri di Selangor.
Melihat kepada perasmian itu, ramai yang tertanya-tanya adakah bekas perdana menteri 2 kali itu akan aktif kembali sebagai perawat.
Namun kata Tun Mahathir, beliau tidak ada apa-apa kepentingan di dalam Maha Klinik yang dirasmikannya hari ini. Malah katanya, banyak klinik lain yang menggunakan nama ‘Maha’ itu sendiri.
“Sebenarnya sudah ada banyak tempat yang menggunakan nama Maha Klinik ini dan saya pun tak tahu mereka menggunakan nama itu.
“Namun, ingin saya jelaskan bahawa saya tidak ada kepentingan apa-apa dalam pusat kesihatan ini. Saya bukan pelabur, bukan pemegang saham dalam pusat (kesihatan) ini.
“Tetapi saya bersetuju (klinik ini menggunakan nama itu) sebagai pusat khidmat masyarakat kerana masyarakat kita serba kekurangan dan memerlukan bantuan pihak tertentu, “, katanya pada majlis pelancaran MAHA Klinik di sini.
Pada tahun 1957, Tun Mahathir pernah menubuhkan sebuah Klinik Maha yang juga merupakan klinik Melayu swasta pertama di Kedah dan telah berpindah ke pusat bandar kira-kira setahun sebelum beliau dilantik sebagai Perdana Menteri keempat.
baca: Mahathir Hasmah