Masih ada yang mengambil kesempatan untuk tidak membayar sewa rumah walaupun hanya dikenakan bayaran sebanyak RM150 sebulan.
Kalau dikira harga sewa tersebut tidaklah mahal tapi masih ada yang sengaja menangguh pembayaran dan apabila tindakan diambil mulalah menyatakan rasa tidak puas hati.
Majlis Bandaraya Seremban menjalankan Operasi Tunggakan Sewa Rumah Pangsa Kos Rendah Lobak (PPRT Lobak) pada 27 Februari lalu.
Rumah pertama yang ditunjukkan dalam video dikongsi di Facebook MBS mempunyai tunggakan mencecah RM34,000 dan didapati bukanlah penyewa asal.
Manakala rumah kedua pula mempunyai tunggakan sewa sebanyak RM21,350 meskipun selepas banyak notis diberikan.
Tindakan yang diambil kepada pemilik rumah atau penyewa adalah setiap pintu yang ada di dalam rumah dicabut oleh penguatkuasa.
Rata-rata netizen bagaimanapun pelik mengapa pihak MBS perlu menunggu hingga tunggakan melebih puluhan ribu baru mahu ambil tindakan.
“Disebabkan perangai manusia macam ni orang lain yang susah dan boleh bayar on time tak dapat peluang. Perangai macam apa je, ingat rumah kebajikan ke selamba tak bayar.
“Tertunggak lebih puluh ribu ringgit sejak diduduki. Sewa cuma 150 ringgit sebulan. Kenapa pihak MBS biarkan kes sewaan tertunggak begitu banyak hingga puluh ribu ringgit.
“Terbaik MBS, saya sokong. Mana yang bukan penyewa asal mohon ambil tindakan usir terus lepas ni. Mohon follow up terus mana yang masih degil ni.
“Kalau setakat bawah seribu tak bayar boleh tolak ansur lagi mungkin ada masalah kewangan, ni sampai belas, puluh ribu pon ada. Ramai lagi orang miskin tak ada rumah yang terpaksa bayar sewa mahal untuk berteduh sekeluarga luar sana tu patut di bantu,” antara komen netizen.
Baca juga: Pelanggan terkejut dapat lauk ‘extra’ dalam ayam masak kicap, 2 ekor lipas buat loya tekak!