Tunjuk jari satu tanda lelaki curang, Nabil Ahmad mengamuk!

Oleh MAISARAH AISYA

Selepas isu curang dikalangan artis, timbul pula mengenai angkat jari satu yang disamakan dengan lelaki yang curang kepada pasangan.

Apatah lagi gaya angkat jari satu ini dikongsi oleh artis-artis yang kantoi menduakan isteri tanpa pengetahuan mereka.

Disebabkan itu, pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad turut menerima tempias selepas membuat gaya sama.

Memetik laporan Gempak, Nabil Ahmad kesal tanda Allah Yang Satu ini dijadikan bahan diperlekehkan dan dipersendakan segelintir individu.

Menurut Nabil, beliau berharap pihak lain untuk tidak libatkan perbuatan tersebut kerana yang bermasalah adalah individu itu sendiri.

“Bagi saya tanda itu (Allah Yang Satu) tak patut dimainkan. Jangan libatkan agama dengan perbuatan itu, yang bermasalah adalah individu itu sendiri.”

“Jangan disebabkan atau apa yang dia dah buat, contohnya dia pergi keluar tabligh, dia angkat tanda (La Ilaha Illahhah) terus dianggap ini tanda-tanda lelaki yang akan curang dan pukul isteri”, luah Nabil Ahmad.

Tambah Nabil Ahmad lagi, tanda itu sama seperti yang dilakukan semasa kita solat dalam tahiyat awal dan akhir.

“Memperlekehkan tanda itu bagi saya tidak patut. anda itu juga sama seperti kita buat tahiyat awal dan akhir kan. Takut lari akidah sebab perlekehkan benda-benda macam ini.”

“Kalau tak tahu jangan nak perlekeh, dapatkan nasihat daripada orang yang tahu. Agama ajar yang baik, betul, terang dan jelas.”, kata Nabil lagi.

Selain dari itu tanda menunjukkan jari telunjuk ke atas ini sering dilakukan oleh eberapa selebriti lain seperti Syamsul Yusof, Hafidz Roshdi, Saharul Ridzwan dan ramai lagi.

Baca juga: Baru darjah 1 dah pandai ‘fly’ lari sekolah, dah macam aksi filem Mission Impossible