Tuntut RM50k lepas putus dengan bekas kekasih, warga emas mengaku bersalah simbah simen

Oleh MAISARAH AISYA

Bukan sedikit wang dilaburkan untuk memuaskan hati kekasih, apabila berpisah maka mulalah nak tuntut semula segala duit yang pernah diberikan.

Seorang pekerja pengurusan mayat didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Batu Pahat selepas mengaku bersalah simbah simen ke rumah bekas teman wanitanya.

Ah Soi@Nah Ah Soi, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret Arun Noval Dass lapor Berita Harian.

Menurut pertuduhan, lelaki berusia 74 tahun itu didakwa melakukan khianat dengan cara menyimbah simen di ruman bekas teman wanita yang berusya 63 tahun di Parit Besar, 5 Mei lali.

Pertuduhan dikemuka mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan di mana penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-dua, jika sabit kesalahan.

Mengikut fahta kes, pengadu yang juga mangsa berada di rumah sewanya sekitar jam 12 tengah malam.

Pengadu melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di mana tertuduh sedang menyimbah simen di hadapan dan belakang rumah.

Siasatan mendapati insiden tercetus apabila tertuduh mahu menuntut semula wang RM50,000 daripada mangsa.

Wang tersebut dikatakan diguna untuk kerja mengubahsuai rumah bekas teman wanitanya bagaimanapun wanita itu menjual rumah berkenaan sebaik mereka berpisah.

Ini menyebabkan tertuduh kecewa dan merasa marah akan teman wanita sebelum membuat keputusan mengambil simen dan menyimbah ke rumah pengadu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Firdaus Ruslan manakala tertuduh diwakili peguam bela Tan Song Yan.

Selain hukuman denda, mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan jika gagal membayarnya. Tertuduh kemudian membayar denda terbabit.

Baca juga: Ramai terharu Kak KM hadiahkan cincin emas kepada Ustazah Asni, doa diberikan hidayah