Jabatan Perdana Menteri hari ini menafikan Datuk Seri Anwar Ibrahim ada memuat naik kenyataan kononnya sedang berbincang untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC).
Ini selepas satu ciapan di Twitter yang menggunakan akaun ‘Anwar Ibrahim’ memuat naik kenyataan mengenai pengiktirafan UEC.
Bagaimanapun JPM menegaskan bahawa akaun laman sosial itu adalah palsu dan ia bukan milik Ahli Parlimen Tambun itu.
JPM turut berkongsi akaun media sosial sebenar yang digunakan perdana menteri sambil menunjukkan bukti bahawa ‘username’ yang digunakan akaun itu berlainan dari akaun rasmi Anwar.
“Jabatan Perdana Menteri (JPM) ingin merujuk kepada posting yang tular di media sosial khususnya di Twitter bertajuk โ๐๐๐ง๐ ๐ข๐ค๐ญ๐ข๐ซ๐๐๐๐ง ๐๐๐ ๐๐ค๐๐ง ๐๐ข๐๐ข๐ง๐๐๐ง๐ ๐ค๐๐ง ๐๐ข ๐ฉ๐๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐๐ญ ๐๐๐ฆ๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐ข๐๐ง ๐๐๐ง ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฅ ๐ข๐ง๐ข ๐๐ค๐๐ง ๐๐ข๐ฅ๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ค๐๐ง ๐ค๐๐ฅ๐๐ค ๐จ๐ฅ๐๐ก ๐๐๐ซ๐๐ฃ๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฉ๐๐๐ฎ๐๐ง ๐ฌ๐๐ฅ๐๐ซ๐๐ฌ ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐ฆ๐๐ง๐ข๐๐๐ฌ๐ญ๐จ ๐๐๐ค๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ซ๐๐ฉ๐๐ง’.
“Maklumat melalui akaun media sosial tersebut adalah palsu,” katanya.

JPM turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu.
Baca juga: Wanita tak tahan dengan mainan berhantu milik anak, malam-malam melompat sendiri
Baca juga: lelaki kerugian hampir RM415,000 selepas 300 iPhone dirompak