Ubah corak pada van sebab tak nak bayar saman RM520, sekali terbongkar terus dipenjara 4 bulan

Oleh KIM SYAZIE

Taktik seorang pemandu van cuba mengelak dari membayar saman tidak berjaya apabila dia telah dihukum penjara kerana cuba memperdaya pihak penguasa.

Dilaporkan, pemilik van, William Britton dirakam memandu pada kelajuan 119 kilometer sejam (kmh) di kawasan yang memiliki had laju 96.5 kmh.

Penalti minimum untuk memandu laju di Wales adalah denda £100 (RM520) dan tiga mata penalti ditambah pada lesen memandu.

Gambar: Media Wales

Dia selepas itu memikirkan jalan mengelak membayar saman dengan menambah sedikit corak garisan berwarna hitam pada bonet hadapan kenderaannya, lapor Agensi.

Ini dilakukan dengan harapan ia terlihat lain daripada gambar yang tertangkap dalam rakaman kamera perangkap laju polis.

Britton kemudian dikatakan telah menghantar ‘wajah’ terbaharu van jenis Ford Transit miliknya kepada polis dan mendakwa bahawa mereka menyaman individu yang salah.

Baca Artikel Penuh