Majlis Ramah Mesra Hari Keluarga bersama Media dan Umno Bahagian Hulu Selangor berlansung meriah dengan kehadiran kalangan wartawan dan pemimpin Pergerakan Pemuda dan Puteri bertempat di Bukit Fraser.
Pertemuan santai selama dua hari diadakan itu, banyak diisi dengan aktiviti sukan tradisi dan sukaneka yang turut dihadiri dikalangan ahli keluarga masing-masing.
Majlis yang dianjurkan Umno Bahagian Hulu Selangor itu adalah salah satu program diatur bersama media oleh Adun Batang Kali Mat Nazari Ahmad Dahlan.
Beliau berkata, media diharapkan dapat memberikan sokongan kepada wakil rakyat BN di Selangor terutama sebagai jambatan menyampaikan maklumat antara pemimpin BN Selangor dan rakyat.
“ Sesuatu maklumat untuk sampai kepada rakyat peranan media amat penting. Segala usaha yang dijalankan untuk menyampaikan hasrat kerajaan kepada perubahan dan pembangunan dilakukan BN di negeri Selangor perlu dilaporkan untuk pengetahuan rakyat.
“Lebih-lebih lagi ketika berlansungnya sidang Dewan Undangan Negeri. Semua Adun BN sebenarnya berusaha keras mendesak agar pemimpin dan kerajaan negeri meletakkan kepentingan rakyat di hadapan melebihi propaganda politik kerajaan Selangor yang ada pada har ini,” ujarnya dalam usaha memdekatkan hubungan media dengan Umno Bahagian Hulu Selangor.
Lebih 100 yang hadir memeriahkan hari keluarga yang diadakan pada tahun ini.