‘Umpan PRU-15’: Karikatur gaya chef Salt Bae tarik perhatian orang ramai

Oleh ARIF ATAN

Pereka grafik Fahmi Reza tampil dengan karya terbaharu ‘Umpan PRU-15’ sejurus pembentangan Bajet 2023 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz petang tadi.

Berbaju Melayu biru dengan lambang dacing, karikatur bersongkok dan bercermin hitam itu mirip gaya chef selebriti Turkiye, Nusret Gokce atau lebih dikenali sebagai Salt Bae.

Imej individu mengepit beg dengan tangan kanan menabur helaian-helaian tertera “umpan PRU-15” itu dilihat menarik perhatian orang ramai.

“Dia bagi apa kita ambil. Memang hak rakyat Malaysia juga sebagai pembayar segala bapak cukai.

“Tapi dalam masa dia bagi, dia sakau berapa banyak pulak.

“Jadi, PRU akan datang wajib dihumban parti penyamun ni dan beri peluang kepada PH di bawah DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pula sebagai PM,” tulis Ezra Azrin yang meraih banyak tanda ‘suka’ tanda setuju itu.

Baca Artikel Penuh