Usikan Dr Zulkifli curi tumpuan, media sosial meriah Liverpool tundukkan Man United 7-0

Oleh KIM SYAZIE

Sejak semalam lagi media sosial meriah dengan kejayaan Liverpool menundukkan Manchester United dengan keputusan 7-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Tidak ketinggalan, bekas Mufti Wilayah, Dr Zulkifli Al Bakri yang memang dikenali sebagai penyokong kuat skuad The Reds (Liverpool) itu turut ‘menambah rasa’ dan mengusik pasukan Men-U yang kalah dalam perlawanan pagi tadi.

“Men-U (Manchester United) Rahmah ini saya jangka RM5, rupanya mahal sikit RM7. Sedap lauknya,” katanya membalas ciapan dari Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Tengku Zafrul ketika itu memuat naik ciapan berbunyi; “Dah lama tak tengok Liverpool main best macam ini kan, Dr Zulkifli Mohamad,” ciapnya di Twitter, sambil menandakan bekas menteri agama itu.

Liverpool

Namun Zulkifli sempat mengingatkan bahawa sindiran berkaitan bola sepak adalah hiburan dan gurauan sahaja dan berharap tiada yang mengambil serius ciapannya.

Dalam aksi di Anfield awal pagi semalam, Cody Gakpo, Darwin Nunez dan Mohamad Salah masing-masing menjaringkan dua gol untuk Liverpool, manakala satu lagi gol dijaringkan oleh Roberto Firmino

Baca Artikel Penuh