“Ustazah pun tak boleh terima apatah lagi kita yang orang biasa” – Akui kuat cemburu, pendakwah bebas tak sanggup suami kahwin lain

Oleh MAISARAH AISYA

Wanita manalah yang seikhlas hati berkongsi kasih, pastinya akan ada sekulamit rasa cemburu bila suami bersama isteri lain.

Isu poligami ini semakin panas berikutan tular video ‘Abang Tesla’ yang memuat naik memeluk isteri pertama sebelum berkahwin dengan isteri keduanya.

Menerusi TikTok pendakwah bebas terkenal, ustazah Asma’ Harun (@ustazahasmaharun), satu video dimuat naik, mengenai pandangannya berkenaan suami yang berkahwin dua.

Jelasnya, meskipun suami tidak bertanya soalan sebegitu kepadanya, dia akui enggan menerima kehadiran wanita lain dalam perkahwinan mereka.

“Saya jawab terus terang saya tak nak. Saya tak boleh terima. Saya daripada dulu sampai sekarang saya cakap benda yang sama,” ujarnya dalam klip pendek di TikTok.

Ustazah Asma’ memaklumkan bahawa dia adalah wanita yang kuat cemburu

Malah, dia risau tidak boleh mengawal diri sehingga mendatangkan keburukan kepada dirinya yang merosakkan akhlaknya.

“Saya seorang wanita yang sangat kuat cemburu. Saya tak boleh kawal emosi saya, akan jadi mudarat pada diri saya,” tambahnya.

Rata-rata warganet bersetuju mala menyuarakan pendapat jika seorang ustazah pun tidak mampu menerima suami kahwin dua apatah lagi mereka yang kurang ilmu agama.

“Ustazah pun tak boleh terima apatah lagi kita yang orang biasa-biasa.

“Ustazah pun tak boleh terima apatah lagi saya yang kurang dalam hal agama ni.

“Pertama kali dengar seorang ustazah jujur begini. Selalunya mereka tak akan cakap benda ini tanpa beralas.

“Saya suka jawapan ustazah cemburu kerana kita makhluk sukar berlaku adil,” antara komen warganet.

Baca juga: Selamba makan tak bayar! Rupanya dah banyak kedai kena dengan pelancong sama