Video ‘mawla’ duduk atas pelamin jadi bualan, “tak pernah dengar dia ceramah, video semua duduk je”

Oleh KIM SYAZIE

Sambutan Maulidur Rasul minggu lalu sedikit kecoh dengan kehadiran seorang individu dari Maghribi yang dikenali sebagai Mawla Muhammad Amin Al-Idrisi yang mendakwa dirinya sebagai keturunan ke-38 Nabi Muhammad.

Malah nasab keturunan individu berkenaan turut mendapat tentangan daripada beberapa pihak memandangkan terdapat kekeliruan. Mufti juga berpendapat kesahihan dakwaan itu perlu disiasat terlebih dahulu kerana keraguan dan penipuan boleh berlaku di mana-mana, termasuk dakwaan individu tertentu berketurunan Nabi Muhammad.

Ada yang masih menegaskan bahawa nasab keturunan Mawla Muhammad Amin adalah benar iaitu dari keturunan Nabi Muhammad.

Namun baru-baru ini tular video kehadiran individu itu dalam beberapa majlis Maulidur Rasul yang dilihat hanya duduk sahaja di atas pelamin tanpa berbuat apa-apa.

Video itu mengundang rasa hairan kerana pengguna media sosial mendakwa tidak pernah lagi melihat mana-mana video membabitkan mawla itu memberi ceramah di sini.

Tangkap layar yang dikongsikan pengguna media sosial’

Selain itu, warganet juga berdebat tentang sebuah video memaparkan seseorang membantu individu berkenaan mengupas kulit udang di dalam pinggan ketika mahu menikmati juadah.

Baca Artikel Penuh