Video tidak senonoh tular, cikgu Fadilah ambil langkah tegas

Oleh MAISARAH AISYA

Merakam video tidak senonoh boleh merosakkan maruah, menjejaskan reputasi dan melibatkan undang-undang jika ia tersebar secara meluas.

Kandungan sebegini bukan sahaja mudah tersebar dan sukar dipadam, ia juga boleh menyebabkan tekanan emosi kepada mangsa.

Selepas tular mesej lucah, kini cikgu Fadilah membuat laporan polis tentang video yang dikaitkan dengan dirinya bersama Muhammad Hairul Ezuan Hamzah.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, tindakan itu dibuat selepas guru wanita itu tampil membuat laporan kepada polis lapor Kosmo! Online.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKMM).

“Cikgu Fadilah membuat laporan kerana tidak berpuas hati apabila mendapati video seks dirinya tersebar,” katanya ringkas seperti dipetik Kosmo! Online.

Siasatan awal yang dilakukan terhadap telefon bimbit individu dikenali ‘Abang CCTV & Wiring’ bagaimanapun tidak menemukan sebarang kesalahan pornografi.

Jelasnya, kes itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya.

Baca juga: Cikgu dan ‘abang wiring’ akui salah, dikenakan denda RM5,000