Wah kemain! Netizen berang lihat peniaga selamba caj RM7 untuk nasi, telur mata dan kicap

Oleh MALAYSIADATELINE

Zaman sekarang ni kalau letak harga tak masuk akal untuk makanan biasa pun masih ada yang beli sebab takut tertinggal ‘trend’.

Ini sebenarnya boleh menyebabkan peniaga naik lemak dan meletakkan caj merepek kerana mereka sedar ada pelanggan yang akan menyokong mereka.

Tular di laman X apabila seorang pengguna meluahkan rasa terkejut melihat caj yang dikenakan peniaga untuk Nasi Ponti.

Nasi ini adalah menu simple yang dijual di sekitar Pontianak, Indonesia dek kerana harga murah dan dinikmati pelanggan saat gaji sudah habis.

Tapi bila sampai Malaysia pula, harganya macam makan nasi berlauk ayam sedangkan yang disediakan hanyalah telur mata, sos kicap bawang putih dan nasi.

“RM7 untuk nasi dan telur kicap,” tulis hantaran yang menarik perhatian netizen berhubung harga jualan makanan tersebut.

Rata-rata netizen mengakui tak terkejut dan yakin akan ada yang membelinya meskipun makanan tersebut boleh dibuat di rumah dengan kos lebih murah.

“Peniaga sekarang dah bijak. Mereka tahu pembeli sekarang sanggup bayar mahal untuk makanan bodoh dan simple.

“Dulu berebut nak letak harga paling murah. Nasi bajet,nasi rahmah. Semua mesra poket. Sejak muncul mi segera goreng, nachos semua peniaga letak harga firaun sebab bahan ‘PREMIUM’.

“Nasi Telur Pontianak yang asli, satu portion hanyalah Rp 12,000 (RM3.32).

“Homemade, premium, handmade. Ayat-ayat keramat kenapa harga mahal,” antara komen netizen.

Baca juga: Apa hukum bergambar dengan pokok Krismas dan Santa Claus? Ini penjelasan Ustaz Azhar Idrus