Wanita bangga dapat kerja kerajaan guna ‘kabel’, rehat 3 jam boleh pergi karaoke lagi! Tapi akhirnya tampil mohon maaf

Oleh KIM SYAZIE

Seorang wanita mengundang kecaman pengguna media sosial selepas mendedahkan dia mempunyai ‘orang dalam’ sehingga mampu bekerja di sektor awam.

Tidak hanya itu, wanita terbabit mendakwa dia menikmati rehat selama 3 jam pada setiap hari Jumaat.

Pendedahan itu menimbulkan rasa kurang senang dari orang ramai kerana selaku penjawat awam, dia tidak seharusnya menimbulkan konotasi negatif terhadap pekerjaan di sektor itu.

Lebih-lebih lagi ketika ini banyak pandangan serong terhadap tugas kakitangan kerajaan yang dianggap sangat bersenang lenang.

Membuat penjelasan menerusi akaun TikTok, katanya, video menunjukkan dia berehat sekitar tiga jam itu dikongsi sekadar suka-suka untuk menceritakan tentang pekerjaannya.

Malah, dia tidak lagi bekerja di syarikat tersebut memandangkan perkhidmatannya sebagai pekerja kontrak sudah tamat pada September tahun lalu.

Baca Artikel Penuh