Kesabaran wanita manakah tidak teruji apabila ibu mentua sendiri memintanya untuk menyerahkan salah seorang anak daripada tiga kembar yang baru dilahirkannya.
Lebih memburukkan keadaan, ibu mentuanya itu tergamak menggelarkan suaminya anak derhaka dan tidak mengenang budi hanya kerana kemahuannya tidak dipenuhi.
Difahamkan, kejadian itu berpunca daripada ujian menimpa kakak kepada suaminya yang masih belum dikurniakan zuriat sendiri walaupun sudah lama berumah tangga.
Oleh yang demikian, ibu mentuanya meminta supaya salah seorang anak diserahkan kepada kakak iparnya dengan alasan ‘tidak luak’ kerana masih ada dua zuriat lain.
“Alhamdulillah, baru sahaja melahirkan anak kembar tiga sebulan yang lalu. Tetapi mak mentua meminta salah seorang daripada bayi saya untuk diberikan kepada anak perempuan sulungnya.
“Anak mak mentua itu masih belum dikurniakan zuriat selepas tiga tahun menanti. Memang tidaklah saya nak bagi. Selepas itu, mak mentua cubalah cakap baik-baik dengan suami supaya memujuk saya.
“Mak mertua cakap, kalau berikan satu pun kami masih lagi ada dua bayi. Tak luak pun. Senang jadi org tua. Cakap bukan main tak guna otak. Saya yang mengandung, bawa perut kehulu kehilir. Senang-senang sahaja nak ambil,” katanya.
Tular di media sosial, perkongsian wanita yang berjaya mencuri perhatian ramai itu dimuat naik menerusi hantaran di platform TikTok tanpa mendedahkan identitinya.
Wanita itu bagaimanapun merasa sangat lega kerana suaminya tidak terpengaruh dengan pujukan ibu mentuanya walaupun menerima gelaran anak yang derhaka.
“Saya bersyukur sangat sebab suami masih menerima nasihat isteri dan berpegang teguh dengan keputusan kami biarpun dipanggil anak derhaka, anak yang buang keluarga, tak kenang budi dan lain-lain.
“Saya tak tahulah sama ada kakak ipar terlibat sama atau ia hanyalah rancangan ibu mentua sahaja. Tetapi apa pun itu, anak saya tetaplah anak saya. Kalau nak menumpang kasih, boleh sahaja datang rumah bila-bila masa.
“Tak perlulah nak main ambil sahaja anak orang macam anak kucing. Orang sudah cakap tak nak, kau berkeras pula sampai guna kuasa veto sebagai mak. Menyampah!.” Tulis wanita berkenaan dalam perkongsian itu.
Baca juga: Tak mampu sara isteri dan anak, remaja rompak kedai emas ditangkap