Wanita datang nak beli burger guna duit syiling tapi tak cukup RM1, permintaan dia buat sebak

Oleh MAISARAH AISYA

Walaupun hanya burger, namun ramai tak sedar makanan itu boleh dikatakan mahal untuk mereka yang tak berkemampuan.

Apatah lagi jika ada anak ramai, maka nak beli seorang satu pun rasanya tak mampu hingga terpaksa korek tabung demi penuhi permintaan.

Seorang peniaga burger, Muhd Fairus Azahar berkongsi dalam hantaran di Facebook mengenai kisah pelanggannya.

“Ceritanya macam ini, ada satu keluarga ni naik motosikal, sebiji macam aku 11 tahun lepas. Naik lima orang, suami isteri dan tiga orang, tengok gaya isteri macam ada seorang lagi dalam perut.

“Si isteri tu datang dekat aku buat pesanan nak beli burger crispy budak dua biji tapi nak letak sayur dan dia minta setiap burger tu dibelah empat, nak mayonase dengan sos keju lebih.

Selang 10 minit dan burger pun siap, aku panggil dan bagi tahu harga RM9.60, dia pergi balik dekat suami atas motosikal cakap tak cukup RM1.

“Lepas tu dia datang balik bayar guna duit syiling dan cakap tak cukup RM1 lagi,” ujarnya dalam hantaran di Facebook.

Usai mendengar ayat dikeluarkan, penjual burger itu meminta dia menunggu sebentar konon ada tersalah buat pesanan wanita tersebut.

“Aku minta tunggu sekejap konon burger tadi semua terletak sos dan aku buat semula, aku sendiri hantar dekat mereka.

“Aku buat dua ada sos dan empat lagu burger budak, ada lah aku selitkan sikit duit jajan untuk budak dan mereka dua rasa pelik.

“Aku bisik dekat suami, kalau nak makan tapi tak cukup duit datang je kedai aku, kalau orang lain jaga, hubungi je aku.

“Nak makan burger setakat tiga ke empat biji tu bukan masalah. Aku bagi nombor telefon dekat dia. Semoga bayi yang bakal lahir sihat dan keluarga abang kuat,” ujarnya.

Rata-rata netizen memuji tindakan penjual burger tersebut malah ada juga memuji harga burger murah dan rasanya sedap.

“Kami juga penjual burger dan amal benda yang sama. Banyakkan sedekah, insyaAllah rezeki tak pernah putus.

“Memang sedap, harga rahmah dan portion berbaloi, jauh-jauh cari tak menghampakan,” antara komen netizen.

Baca juga: Kereta mewah tak kena ‘clamp’, pemilik Bezza didenda kesal penguat kuasa bersikap tak adil