Kereta digores angkara tak puas hati parkir ‘dicop’ diambil, pemilik cari individu ini

Oleh WAN SITI AMINAH

Baru-baru ini tular satu rakaman kamera papan pemuka (dashcam) di media sosial memaparkan keadaan sebuah kereta yang tercalar dipercayai digores oleh individu tidak bertanggungjawab.

Difahamkan, rakaman tersebut ditularkan di media sosial oleh pemilik kereta dengan harapan dapat menemukan saksi yang melihat kejadian berlaku pada Ahad lalu itu tampil ke hadapan.

Hal ini berikutan pemilik kenderaan itu mendakwa pihak polis ‘tidak nampak’ pelaku memandangkan identitinya juga tidak dapat dilihat dengan jelas walaupun kejadian turut terakam dalam kamera litar tertutup (CCTV).

Menerusi satu hantaran di platform TikTok, pemilik kereta itu mendakwa kejadian berpunca daripada tindakannya memarkir kenderaan di tapak parkir yang telah ‘dicop’ oleh sebuah keluarga.

Perkara ini juga dapat dilihat menerusi rakaman dashcam dikongsikan dalam hantaran sama memaparkan seorang wanita bersama kanak-kanak berdiri di satu petak parkir sebelum berundur apabila pemilik memarkir keretanya.

Berdasarkan keterangan di ruangan kapsyen, kejadian itu dikatakan berlaku pada 16 Mac lalu di sebuah pusat beli-belah terkenal yang terletak di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.

“Kereta kena calar keliling, pemilik cari pelaku ada benda nak bincang. Insiden berlaku di tingkat empat pusat beli-belah di tempat letak kenderaan di bahagian bangunan baharu.

“Saya letakkan kenderaan di situ pada Ahad, 16 Mac lalu daripada pukul 3 petang sehingga 5 petang (berdasarkan waktu yang terpapar dalam dashcam). Mereka calarkan kereta sekitar jam 4 petang (seperti terakam dalam CCTV).

“Pihak polis ‘tak nampak’. Jadi saya cuba untuk mencari saksi kejadian. Ada yang kenal? Harap boleh berhubung sebab pemilik dashcam nak berbincang,” tulis keterangan di ruangan kapsyen hantaran itu.

@xkuchen

Kejadian di One Utama This was at 1 utama level 4 new wing parking. Parked there last Sunday (16 Mar) from 3pm (exact time shown on dashcam) until 5 pm. They scratched it around 4 pm (as shown in cctv) The police said “tak nampak”. So im trying to find witnesses Ada yang kenal harap boleh berhubung sebab owner DC nak berbincang. #dashcamvideo #malaysiamemes #dashcamvideos #dashcamera #dashcams #dashcam #dashcameracarcrash #dashcammalaysia #dashcameralessons #malaysia #malaysiareaction #malaysiasong #多少柔情多少泪 #malaysiaboleh #malaysian #malaysiaboleh #dashcamcarcrash #malaySiameme #malaysianupdate #malaysiamemestamil

♬ original sound – xkuchen – xkuchen

Setakat artikel ini ditulis, rakaman berdurasi sati minit 53 saat itu sudah berjaya meraih tontonan sebanyak 178,800 dan 4,018 tanda suka daripada pengguna platform TikTok yang merasa kesal dengan tindakan pelaku.

Rata-rata pengguna turut meluahkan rasa kurang senang dengan perbuatan ‘cop parkir’ selain berkongsi pendapat bahawa ia tidak sepatutnya dinormalisasi atau dijadikan amalan di negara ini.

Baca juga: Isu ‘influencer’ terlibat aktiviti pengedaran dadah, Mufti Kelantan tegaskan yang haram tetap haram