Wanita direman dua hari sebar gambar aib guru

Oleh ROSLAN ZAMAN

Seorang wanita hari ini direman dua hari oleh Mahkamah Majistret Melaka hari ini selepas disyaki mengugut dan menyebarkan aib seorang guru.

Suspek yang juga ejen insurans itu didakwa menyebarkan gambar bogel yang juga madunya pada mac lalu.

Perintah reman terhadap suspek berusia 53 tahun itu yang bermula pada Isnin dikeluarkan Majistret, Nurul Asyikin Rosli selepas permohonan dibuat oleh pegawai penyiasat.

Memetik daripada portal Sinar Harian, menurut sumber, suspek ini diklasifikasikan sebagai individu dikehendaki untuk siasatan susulan laporan dibuat madunya yang juga seorang guru berusia 47 tahun.

“Guru terbabit membuat laporan polis terhadap suspek apabila bapanya di Klebang memaklumkan menerima sepucuk surat berserta gambar bogel anak perempuannya itu dan menantunya,” katanya.

Baca: Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat