Wanita ini kongsi 7 cara simpan sayur tahan lama dalam peti ais

Oleh ARIF ATAN

Kerap sayur-sayuran yang disimpan dalam peti ais cepat benar layu dan rosak. Ada cara simpan yang betul supaya sayuran itu tahan berminggu-minggu lamanya.

Ikuti perkongsian Noor Hafiza Mohamad ini berkenaan tujuh cara menyimpan sayur yang wajib ada dalam peti ais di rumah:

Petua ini boleh membantu kaum ibu menyimpan sayuran kekal segar selama satu ke empat minggu dalam peti sejuk.

Selain sayuran ini, kaedah untuk menyimpan sayur lain adalah tidak sama. Nanti saya kongsikan lagi untuk sayur lain.

Saya lebih suka gunakan bekas untuk menyimpan sayur sebab ia lebih kemas, senang nak cuci dan keringkan, senang nak susun dalam peti ais dan tidak terlalu padat.

Ini dia 7 tips simpan beberapa jenis sayur di rumah:

1. Simpan tomato, limau, lobak merah, timun, brokoli, bunga kubis, kubis dalam bekas kedap udara berasingan

2. Lapik dalam bekas dengan tisu dapur (untuk menyerap lebihan air)

3. Tambahan, letak seulas bawang putih (sebagai anti kulat)

4. Gunakan bekas tinggi (bekas spagetti) untuk simpan serai, daun sup, daun bawang. Masukkan air paras akar dan tutup bekas.

5. Buang tangkai cili padi dan asingkan cili merah hijau. Keluarkan cili telah rosak.

6. Potong lengkuas untuk sekali guna dan rendam dalam bekas bertutup. Sebaiknya, guna air penapis dan salin air setiap kali selepas ambil lengkuas.

7. Kunyit dan halia simpan dalam bekas bertutup tanpa air.