Wanita kecewa datang jauh-jauh, bayar ‘full’ tapi ‘homestay’ ada orang lain duduk

Oleh MALAYSIADATELINE

Nak pergi bercuti atau melancong ini melibatkan banyak wang, masa dan perancangan yang sudah lama dibuat.

Jadi pastinya kecewa jika kediaman untuk berehat yang ditempah dan dibayar tidak boleh diduduki kerana pemilik terambil dua tempahan dalam satu masa.

Tular di media sosial seorang wanita meluahkan rasa kecewa dengan sikap pemilik inap desa yang lepas tangan selepas dia gagal memasuki rumah yang sudah dibayar penuh.

Alasan diberi pemilik inap desa ialah sudah ada orang lain yang duduk pada hari tempahan dibuat pemilik akaun TikTok @kak_wangi.

“Tak terfikir akan kena aniya sampai macam ini, bukan main tular kono servis bagus. Akhirnya bila sampai dan nak daftar masuk, boleh pula dia kata rumah dah ada pelanggan lain.

“Percutian kali ini di Cameron Highland agak mencabar buat kami sekeluarga, kami anggap ini ujian.

“Terima kasih Balai Polis Tanah Rata sebab sudi tolong kami sekeluarga cari inap desa lain untuk berehat,” ujarnya di TikTok.

@kak_wangi

Allah bagi ujian Allah juga bagi Bahagia ♥️

♬ original sound – shfnz 💕 – shfnz 💕

Rata-rata netizen memintanya untuk membuat laporan meskipun sudah mendapat semula kesemua wang yang sudah dibayar.

“Kenapa pemilik ‘homestay’ tu tak mengaku silap sebab bagi dekat orang lain, kalau dah ‘booking’ mesti nama ada dalam sistem.

“Walaupun dah ‘refund’, tetap kena carikan pelanggan ni rumah lain, ini tidak memang mengamuklah nak cari homestay lain masa tengah cuti sekolah.

“Dapat duit balik pun tetap rasa sakit hati, rosak perancangan, nak tempah tempat lain pun bukan senang, mahal pula. Buang masa orang sahaja,” antara komen netizen.

Baca juga: Rider makanan berjaya simpan RM215,000 dalam masa 4 bulan tapi tak ramai boleh ikut cara ini