Wanita masuk stor dengan kain telekung, rakan berlari keluar ingatkan hantu

Oleh KIM SYAZIE

Bab-bab hantu ni walau nampak sekilas pun dah berlari tak cukup tanah apatah lagi kalau nampak dalam bilik yang agak gelap.

Namun wanita ini tidak menyangka rakannya akan terkejut apabila melihat dia bertelekung dalam bilik simpanan.

Bukan setakat lelaki itu sahaja yang berlari ketakutan, wanita itu turut berlari kerana takutkan hantu padahal dialah penyebab jeritan tersebut.

@zarifazrie

Bahaya kesana kesini pakai telekung

♬ Funny Song – Cavendish Music

Pengguna Tiktok, Zarif Azrie memuat naik video tersebut sambil menyatakan mengenai bahaya pemakaian telekung ini.

“Akibat berkeliaran dalam stor (bilik simpanan) pakai telekung,” ujarnya.

Warganet terhibur melihat wanita itu turut berlari selepas terdengar jeritan rakannya malah ada yang berkongsi pengalaman sama.

“Yang pakai telekung tu pun terkejut, rakan jerit,” kata @SyuAriffin.

“Dulu pergi kerja pukul enam pagi, terserempak dengan makcik nak pergi surau sebab solat subuh.

“Surau pula 15 meter je jarak dengan tana perkuburan, bergegar bawa motor,” komen seorang pengguna TikTok.

Janganlah pakai telekung dan duduk pula dekat penjuru dinding, kalau ada yang lemah jantung mahunya pengsan kat situ juga.

Baca juga: Artis jual mahal semua berebut beli, bila orang biasa jual murah pun cop mahal