Walaupun berbau busuk, siapa sangka wanita yang lahir di Eropah ini sangat menikmati hidangan yang berasaskan petai.
Kecur air liur dibuatnya, minah saleh ini begitu teruja saat menggambarkan keenakan ‘kacang berbau’ yang diminatinya itu.
Menurut wanita Eropah yang dikenali sebagai Aga itu, dia mula jatuh cinta dengan petai saat berpindah ke Malaysia.
Tidaklah terlalu busuk baginya, Aga juga terkejut apabila mengetahui petai adalah makanan yang tinggi dengan antioksida, zat besi dan kalsium.
Mempunyai rasa yang sangat unik, Aga mengakui dirinya sudah ketagih dan boleh menikmati petai mentah tanpa sebarang masalah.
“Petai mempunyai rasa yang unik, ia mengingatkan saya kepada kubis tumis bawang putih dan kacang bulu (edamame) yang membuatkan saya ketagih.
“Bagi saya petai langsung tak busuk. Malaysia mempunyai banyak ‘hidden gem’. Saya hairan kenapa ia tidak ditambah dalam lebih banyak masakan.
“Saya suka tambah petai segar ketika menikmati hidangan kerana ianya lebih rangup,” kata wanita itu menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok.
Terlihat manis berbaju kelawar ketika makan, Aga memilih hidangan sambal udang petai sebagai makanan kegemarannya.
Baca juga: Hubungan baik dengan mak biarpun berlainan agama ‘Muka Gangster’ berniat mahu bantu asnaf, muallaf