Mempunyai simpanan sebesar Rm2 Juta di dalam akaun KWSP di usia muda bukan perkara mustahil jika kena dengan strategi.
Seorang pengguna redit baru-baru ini yang juga seorang wanta muda berkongsi cara beliau memperoleh simpanan RM1,918,580.36 di usianya 35 tahun.
Menurutnya, akaun KWSPnya yang terdiri daripada tiga akaun berasingan — Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera, dan Akaun Fleksibel.
Antara strategi yang dikongsikan olehnya adalah:
1. Tidak Bertukar Tempat Kerja
Pengguna ini tidak melakukan “job hopping” atau melompat kerja dan kekal di syarikat yang sama sejak tamat pengajian.
Melalui dedikasinya, beliau menikmati kenaikan pangkat dan kenaikan gaji berterusan.
2. Sumbangan Sendiri ke KWSP
Setelah menyedari kelebihan menyumbang secara peribadi ke dalam akaun KWSP, beliau mula memaksimumkan jumlah sumbangan sendiri hingga RM100,000 setiap tahun.
Ini adalah cara beliau meningkatkan simpanan persaraan dengan pantas.
3. Tidak Mengeluarkan Wang KWSP
Walaupun layak untuk membuat pengeluaran melebihi RM1 juta, beliau memilih untuk tidak menyentuh simpanan KWSP.
Tindakan ini membantu simpanannya terus berkembang melalui faedah dividen.
4. Faedah
Dengan tidak mengeluarkan wang, simpanannya bertambah dengan lebih pantas.
Dalam perbincangan lanjut, beliau turut mendedahkan bahawa pendapatannya mencecah sekitar RM50,000 sebulan, tidak termasuk bonus tahunan antara RM200,000 hingga RM300,000.
Dalam tempoh 10 tahun, beliau mencapai RM1 juta pertama, namun hanya memerlukan tambahan tiga tahun untuk menggandakan simpanan kepada RM2 juta.
Walaupun ada yang menganggap dirinya seorang lelaki kerana mempunyai jumlah simpanan yang besar, beliau menyatakan bahawa wanita juga boleh mencapai pendapatan tinggi dan mengumpul kekayaan yang besar, sekaligus memecahkan stereotaip yang sering dikaitkan dengan jantina.
Seharusnya orang muda boleh mengambil ilmu ini untuk meningkatkan lagi jumlah aset kita dalam KWSP.
baca: KWSP SImpanan Syariah