Wanita tak mahu ‘join loan’ dengan bapa, terus kena cop anak tak guna

Oleh KIM SYAZIE

Wanita berada dalam dilema apabila diminta bapanya sendiri untuk membuat pinjaman bersama bagi membeli sebuah rumah kondominum berharga setengah juta.

Walaupun bergaji besar namun wanita tersebut mahu melunaskan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) malah mahu menyimpan untuk berkahwin.

Tidak hanya itu, si bapa juga mahu wanita berusia 24 tahun yang berkeja di Singapura itu membayar separuh pinjaman tersebut.

“Saya nak tanya salah ke sebagai anak, saya tak mahu buat pinjaman bersama dengan bapa untuk beli kondominum dengan harga RM550,000 untuk tiga bilik.

“Sebulan RM3,100 bahagi dua maka jadi RM1,550 seorang tak termasuk bil.

“Saya belum habis bayar PTPTN dan nak kahwin tahun depan. Sekarang kena cop anak tak guna sebab tak nak tolong ibu bapa beli rumah yang dia nak,” katanya.

Baca Artikel Penuh