Ilmu bukanlah terhad, sesiapa sahaja boleh mencari ilmu, tidak kira umur, jantina atau latar belakang keluarga sekalipun.
Kini semakin banyak dilihat mereka yang lebih berusia kembali menyambung pengajian yang terhenti satu ketika dahula.
Samalah seperti Ustaz Abdullah Abu Bakar yang sanggup meredah negeri demi mendapatkan ilmu.
Allahyarham ini merupakan bekas tenaga pengajar Pusat Pengajian Pondok Darrutta’lim Ad-Diini(Pondok Moden).
Menurut pengguna Facebook, Ezreen Muhaizie Marzukhi, Ustaz Abdullah ini sanggup meredah perjalanan walaupun sudah berusia 70 tahun.
Jelasnya, arwah menaiki keretapi selama 13 jam dari Pasir Mas ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan supervisor (sv) di Universiti Malaya.
Arwah akan bertolak sebelah malam dan tiba esoknya, Selesai berjumpa dengan sv, dia bertolak balik ke Kelantan dengan tren berikutnya.
Dengan berkat kesungguhan menuntut ilmu, dia berjaya memegang ijazah Sarjana (Master) dalam bidang Usuluddin, pada usianya itu.
Apa lagi alasan kita yang muda untuk tidak menyambung pengajian? Semoga usaha arwah dalam menyemai perasaan cintakan ilmu akan menjadi pahala berpanjangan.
Rata-rata warganet turut berkongsi kisah sekelas dengan mereka yang lebih berumur namun sikap mereka yang bersungguh itu perlu dijadikan pengajaran.
“Saya pernah jumpa uncle berbangsa India, bekas kerani di firma guaman, alasan dia belajar adalah kerana ilmu yang luas, sampai sekarang saya fikir ayatnya.
“Kelas saya dahulu ada seorang umur 62 tahun, semester tiga berhenti sebab strok. Seorang lagi umur 73 tahun berhenti sebab tak sihat tapi tengoklah kesungguhan mereka,” antara komen warganet.
Baca juga: “Didera suami berulang kali”, ini respon Alif Teega lepas rekod perubatan isteri tular