Wartawan atau petugas media tidak sepatutnya menjadi sasaran kekejaman mana-mana tentera dalam peperangan atau pencerobohan, demikian tegas Ketua Angkatan Wanita AMANAH Nasional Aiman Athirah Sabu.
Katanya, wartawan mesti dibenarkan bertugas dengan selamat dan bebas.
Justeru bagi pihak AMANAH beliau menyeru agar satu siasatan segera, terperinci dan telus, termasuk kecederaan sekurang-kurangnya seorang lagi wartawan lain di Jenin agar mereka yang bertanggungjawab segera dihukum.
Athirah memberi respons terhadap pembunuhan tragis wartawan kanan Al Jazeera, Shireen Abu Aqla, yang ditembak dengan peluru hidup ketika membuat liputan operasi pencerobohan tentera regim Israel di Jenin, Wilayah Tebing Barat yang dijajah.

Susulan insiden menggemparkan itu, saluran TV berpusat di Qatar mendakwa rejim Zionis sengaja melepaskan tembakan terhadap Shireen Abu Aqleh, 51, dengan sengaja.
Jurugambar AFP yang berada di lokasi kejadian memaklumkan Shireen lengkap memakai helmet dan ves tertera tulisan ‘media’ ketika mangsa jadi sasaran tembakan yang mengenai
Al Jazeera menerusi satu kenyataan menzahirkan rasa kesal terhadap insiden itu dan menyifatkan ia sebagai pembunuhan secara terang-terangan dan melanggar undang-undang serta norma antarabangsa.
Ia juga menggesa komuniti antarabangsa supaya memberi tekanan kepada rejim Zionis untuk bertanggungjawab terhadap perbuatan kejam mereka.
Sejak beberapa minggu lalu, rejim Zionis dikatakan semakin memperhebatkan operasi mereka dan menyerang penduduk di Jenin yang turut meragut 30 nyawa penduduk Palestin dan tiga Arab Israel.
Baca juga: Buku Memoir 22.11 catatan peribadi Adly sepanjang 22 bulan tadbir Melaka