Semasa semua perjumpaan pejabat dilakukan melalui Zoom atau Google Meet, adakah pernah berlaku kepada anda bahawa rakan sekerja yang paling senyap mungkin juga yang paling cekap?
Namun mereka yang ‘ringan mulut dan banyak songeh’ yang kelihatan menguasai perbincangan cenderung dilihat sebagai yang paling pintar dan umumnya berasal dari tahap yang lebih tinggi dalam urutan sosial.
Margaret Neale, Profesor Pengurusan Cemerlang Adams, Emerita, di Stanford Graduate School of Business, baru-baru ini menjalankan sebuah kajian yang menyoroti bagaimana mereka yang terlalu yakin, percaya bahawa mereka adalah lebih baik daripada yang lain.
Namun, bukti hasil kajian menunjukkan sebaliknya di mana seseorang itu boleh berjaya walaupun mereka kurang kompeten
Mereka dari jenis yang terlalu yakin biasanya berasal dari kelas sosial yang lebih tinggi.
Kita sebenarnya perlu lebih arif tentang keyakinan. Hanya kerana seseorang boleh bercakap dengan tegas, atau boleh bercakap dengan cara yang sangat yakin, tidak bermaksud orang itu pintar. (Peter Belmi, Universiti Virginia)
Akibat kecenderungan kita yang terpengaruh oleh sikap percaya dan yakin diri yang terang-terangan, kita mungkin memperkuat hierarki sosial yang sudah tidak adil.
Apabila mereka yang terlalu yakin (dari latar belakang kelas atasan) memasuki temu duga pekerjaan atau bersaing untuk memegang jawatan kepemimpinan, mereka sering mempunyai kelebihan, kata para penyelidik.
Kita tidak dapat menahan diri melihat keberanian, anugerah bakat dan kemahiran yang lebih besar daripada yang mereka miliki.
Sejumlah kajian yang dijalankan menunjukkan juga bahawa mereka yang mempunyai kemahiran dan kepakaran secara ironisnya lebih tentatif, namun tidak pasti dalam bidang kepakaran mereka kerana mereka tahu begitu banyak.
Anehnya, mereka yang bukan ahli atau pakar, bagaimanapun, sering menunjukkan keyakinan dan kepercayaan yang lebih tinggi berbanding kemahiran mereka yang sebenar.
Perjuangan negara kita menghadapi Covid-19 telah membawa ketidakseimbangan ini ke barisan hadapan.
Lebih dari apa pun, pandemik ini akhirnya melabuhkan sepenuhnya keadaan sebenar mengenai idea bahawa begitu ramai dari mereka yang bertanggungjawab mengetahui apa yang mereka lakukan.
Ramai dari mereka (bahkan) sebenarnya tidak berpura-pura bertanggungjawab.
Walaupun mereka yang berasal dari latar belakang sosio-ekonomi rendah cenderung bertindak lebih kolaboratif dan kurang berdikari, mereka masih mempunyai sumbangan yang signifikan untuk dicurahkan di tempat kerja.
Ia bermaksud mereka hanya melakukan dan melaksana aktiviti kerja dengan cara yang berbeda.
Sementara itu, kebanyakan ahli sumber manusia mendapati bahawa pemimpin yang bersikap terlalu tegas dan bertindak bersendirian secara bebas kebiasaanya mengorbankan prestasi organisasi dan masyarakat secara umum.
Kebiasaannya, mereka yang menemuduga calon pekerja secara bersemuka nyata harus lebih arif dan skeptikal ketika bertemu dengan pemohon pekerjaan.
Mereka seharusnya benar-benar memerhatikan tahap keyakinan calon tetapi itu tidak selalunya menunjukkan atau mewakili kecekapan.
Adalah disyorkan agar calon pekerja diberikan contoh kerja sebenar untuk menilai kecekapan mereka dengan lebih baik.
Contohnya, untuk mencari akauntan terbaik, penemuduga tidak harus bertanya soalan seperti “Bilakah kali terakhir anda bekerja sebagai akauntan?”
Sebaliknya, berikan pemohon masalah perakaunan yang sama untuk diselesaikan untuk menetapkan calon dari pelbagai latar belakang pada tahap ujian yang lebih tinggi.
Kita harus menunjukkan bahawa kita mungkin perlu memikirkan mekanisma seharian yang di luar kelihatan mudah, tetapi sebenarnya mungkin mempunyai implikasi yang lebih dalam terhadap pembiakan hierarki sosial.
Sesiapa yang berada dalam kedudukan berkuasa, dapat mengajar individu yang kurang terwakili bagaimana berbicara dan berkomunikasi dengan lebih banyak.
Tetapi, “sebagai pemimpin, kita juga bisa harus lebih tenang dan belajar bagaimana untuk mendengar.”