Watie tak kekok layan anak bongsu Shuib, “Dapat anak sendiri jangan bezakan ya”

Oleh KIM SYAZIE

Bakal mendirikan runah tangga pada 23 Jun depan, sosok bakal isteri Shuib iaitu Watie Hanifiah kembali menyita perhatian rakyat Malaysia baru-baru ini.

Berkahwin dengan duda yang mempunyai empat orang cahaya mata, ramai peminat tertanya adakah Watie mampu menguruskan anak Shuib.

Bagai memberi jawapan, wanita yang berusia 35 tahun itu memuat naik satu hantaran video menerusi akaun Instagram miliknya.

Menerusi video tersebut, terlihat Watie meluangkan masa bersama anak bongsu Shuib iaitu Ayash Affan di sebuah restoran.

Langsung tidak kekok menghibur anak kecil, Watie tampak ikhlas melayan karenah dan menyuapkan makanan kepada Ayash.

Dibanjiri pujian dari peminat, rakaman yang tular itu turut mencuri perhatian pengguna Tiktok selepas ia dimuat naik semula di beberapa akaun.

Mengharukan, rata-rata penonton mendoakan agar Watie dapat menyesuaikan diri dan menjadi ibu yang terbaik buat anak-anak Shuib.

Ramai juga individu menasihati agar usahawan itu melayan anak tirinya dengan adil sekiranya dikurniakan cahaya mata sendiri suatu hari nanti.

“Semoga Watie menjadi ibu terbaik untuk menggantikan arwah Siti Sarah. Moga Allah merahmatimu Watie,” doa seorang peminat.

“Nanti dah dapat anak sendiri jangan beza-bezakan dengan anak yang lain ya Watie,” nasihat tulus seorang pengguna TikTok.

Baca juga: Kucing sesat ‘tumpang’ lori sayur, sedar-sedar sampai sempadan Singapura!