Penerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diminta menunggu laporan jabatan berkenaan dan tidak membuat kesimpulan tidak berasas mengenai perkara itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Wee Ka Siong berkata beliau kecewa laporan sebuah portal dalam talian bahawa JPA telah menghentikan pemberian biasiswa adalah tidak berasas, tidak bertanggungjawab dan menimbulkan kekecohan.
“Saya menyebut hanya mereka yang mendapat dermasiswa yang terjejas. Saya tidak pernah berkata semua biasiswa JPA digantung,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri forum dialog perniagaan di Menara Usahawan di Purajaya hari ini.
Semalam, Wee, yang juga Timbalan Presiden MCA, menulis dalam laman Facebooknya bahawa portal berita itu tersilap memetik laporan Sin Chew Daily mengenai komen beliau tentang isu tersebut, dan oleh itu, beliau tidak boleh dipertanggungjawabkan jika komennya diputarbelitkan.
Wee berkata dengan laporan itu beliau akan merujuk kepada penasihat undang-undangnya untuk meneliti perkara tersebut.