“YB macam mana ‘zoo’?”, Timbalan Speaker terkejut dengar pertanyaan rakyat

Oleh KIM SYAZIE

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, YB Datuk Ramli Mohd Noor menegur Ahli-Ahli Parlimen agar menjaga adab dan mematuhi peraturan di dalam Dewan.

Katanya, beliau terkejut apabila beberapa hari lalu dirinya disapa orang awam yang bertanya bagaimana dengan keadaan ‘zoo’, merujuk kepada Parlimen.

“Semalam saya ke kedai mamak, mereka kenal saya. (Mereka tanya) YB macam mana zoo? Saya terkejut.

“Inilah impression masyarakat di luar sana. Jadi saya berharap berpeganglah pada etika dan virtue,” katanya dalam sesi sidang Dewan Rakyat semalam.

Pada masa sama, Ramli juga memberi peringatan agar Ahli-Ahli Parlimen tidak mengadakan ‘mesyuarat kecil’ (small talk) ketika perjalanan Dewan sedang berlangsung.

Beliau turut menghentikan sesi perjalanan Dewan untuk beberapa minit bagi tujuan menegur Ahli-Ahli Parlimen.

“Ingin saya ingatkan tentang adab semasa di dalam Dewan. Ini kita boleh lihat pada peraturan 41.

“Saya berharap ketika Dewan sedang berjalan, tiada mesyuarat kecil dilakukan

“Sementara YB bercakap, ada mesyuarat kecil di sebelah kanan, ada mesyuarat sebelah kiri. (Tolong) beri perhatian,” tegasnya.

Baca juga: Asyik berbalas ‘k’ dengan penghantar FoodPanda, rupanya ada sebab kenapa rider kena reply