Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi memberi ‘signal’ bahawa anak kepada allahyarham Bung Mokhtar bakal bertanding di Parlimen Kinabatangan menggantikan ayahnya pada pilihanraya kecil akan datang.
Zahid berkata, dia pernah berbincang dengan Bung mengenai perkara ini sewaktu arwah masih hidup supaya anaknya menggantikannya nanti.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata, perbincangan itu seolah-olah satu wasiat daripada Bung Moktar agar anak lelakinya itu menggantikan dirinya sebagai calon BN dalam pilihan raya akan datang.
“Kebetulan dalam perbincangan saya dengan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar, ada semacam wasiat daripada beliau supaya saudara Naim diberikan peluang untuk bertanding di kawasan Parlimen Kinabatangan,” katanya kepada pemberita seperti dilaporkan Malaysiagazzete.
“Saya fikir dari segi penerimaan juga baik, namun saya perlu mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan kepimpinan dan juga pihak Kerajaan Negeri Sabah,” katanya.