Zahid kini boleh jalankan tugas rasmi di luar negara

Oleh MALAYSIADATELINE

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berjaya memperoleh pasport antarabangsa dan diplomatik secara kekal bagi membolehkannya menjalankan tugas rasmi di luar negara.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Hanipah Farikullah membenarkan permohonan Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah untuk mendapatkan pasport secara kekal selepas berpuas hati bahawa permohonan itu mempunyai merit.

“Mahkamah telah meneliti afidavit dan hujahan bertulis dikemukakan pemohon (Ahmad Zahid). Perintah yang dipohon dibenarkan oleh mahkamah,” kata Hanipah yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Lim Chong Fong.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya tidak membantah permohonan yang difailkan Ahmad Zahid menerusi peguamnya Datuk Hisyam Teh Poh Teik.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu memfailkan permohonan baharu di Mahkamah Rayuan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Feb lepas menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal.

 Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan hanya membenarkan pelepasan sementara pasport itu bagi Ahmad Zahid memohon pasport diplomatik dan seterusnya menyerahkan semula kedua-dua pasport itu kepada mahkamah, setelah segala urusan permohonan diplomatik selesai.

Baca Artikel Penuh