Zahid rayu pengundi Kelantan beri peluang pada Umno selesai isu air keruh lebih 30 tahun

Oleh KIM SYAZIE

Presiden Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berikrar akan menyelesaikan isu air jika dipilih oleh rakyat Kelantan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Beliau berkata, masalah itu akan cuba dipulihkan dalam tempoh lima tahun, selepas lebih 30 tahun isu air membelenggu rakyat di bawah pentadbiran Pas.

Menurutnya, masalah bekalan air menjadi kewajipan utama untuk diselesaikan jika diberi mandat.

“Manakala dasar baik kerajaan negeri sebelum ini kita akan teruskan.

“Jadi, pengundi Kelantan cuba BN sekali, kalau kita menang tapi tidak berprestasi, tukar balik,” katanya dalam sidang media semalam.

Ahmad Zahid berkata, beliau tidak bersetuju menjadikan takdir sebagai alasan untuk menutup kelemahan dalam menyelesaikan masalah tersebut.

Baca Artikel Penuh