Zii Jia sekali lagi gagal melepasi pusingan awal

Oleh MALAYSIADATELINE

Perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia mengalami penyingkiran pusingan awal kali ketiga berturut-turut apabila tumpas kepada pemain berpengalaman Hong Kong, Angus Ng Ka Long, pada pusingan kedua, Indonesia Masters 2023,di Jakarta, malam ini.

Pada pertarungan selama 65 minit di Stadium Istora Senayan, Zii Jia, pilihan kedua kejohanan, memulakan saingan dengan menang 21-16 sebelum tunduk 20-22 dan 13-21 pada set penentuan kepada pemain ranking ke-18 dunia itu.

Pada saingan suku akhir esok, Ka Long akan berdepan dengan wakil Jepun,  Kanta Tsuneyyama, yang turut menewaskan pemain Denmark  , Anders Antonsen, 21-16,  21-10, pada aksi pusingan kedua.

Baca Artikel Penuh