10 fakta menarik tentang Siti Nurhaliza yang ramai generasi muda tak tahu

Oleh KIM SYAZIE

1) Pada 11 Februari 2007 adalah menjadi detik-detik manis bagi Dato Sri Siti Nurhaliza di mana beliau pertama kali menjejak kaki Anugerah Grammy ke-49 di Staples Center, Los Angeles. Dan di temu bual oleh Channel V, dan digelar “Biggest Asian Artiste” oleh Channel V.

2)Siti Nurhaliza mempunyai lagu duet bersama Sean Kingston. Album Inggeris Siti Nurhaliza dilancarkan pada 2011, menempatkan judul lagu “Remember You” feat Sean Kingston di dalam Album “All Your Love”

3) Beliau adalah penyanyi Asia Tenggara pertama yang mengadakan konsert solo di Royal Albert Hall, London pada tahun 2005. Beliau juga artis Asia ketiga keseluruhan yang mencapai kejayaan ini, selepas Lata Mangeshkar dan seorang komposer Jepun.

4) Pada tahun 2012, Siti Nurhaliza bertemu dengan Kate Middleton, Princess of Wales sempena Diamond Jubilee Hi Tea Party di Kuala Lumpur. Momen indah ini pernah di kongsikan di Platform, Laman rasmi Instagram milik Puteri itu, berita itu tersebar luas ketika itu kerana Umum mengetahui Puteri itu merupakan menantu kepada mediang Princess Diana

5) Satu sejarah dalam industri hiburan Malaysia, apabila siaran langsung majlis persandingan Dato’ Siti Nurhaliza mendapat tontonan seluruh negara sebanyak 6.3 juta.

6) Siti telah menerima lebih 300 anugerah sepanjang kerjayanya, termasuk Anugerah Festival Muzik Asia dan pencalonan Anugerah Muzik Dunia. Siti Nurhaliza berada di kedudukan ke-27 dalam 13 senarai “100 Pemuzik Terbanyak Dianugerahkan Sepanjang 14 Zaman”, mengatasi bintang antarabangsa seperti Celine Dion dan 15 Justin Timberlake.

7) Alicia keys Penyanyi popular Antarabangsa Pernah menyeru nama Siti Nurhaliza dengan panggilan “The Voice of Asia’s” ketika Siti hendak membuat persembahan di MTV ASIA AWARDS pada 2005. Untuk Rekod, Siti Nurhaliza pernah memenangi 4 Trofi berturut turut dalam Anugerah MTV ASIA sejak dipertandingkan tahun 2002.

8) Pada tahun 2008 pula, beliau telah digelarkan sebagai Asia’s Idol oleh Asia News Network (ANN). Beliau juga telah menerima gelaran Asia Music Legend daripada Top 10 of Asia pada tahun 2014.

10 tahun sebelum iaitu pada 2004, Golden Melody Awards telah menggelarkan beliau sebagai Asia Number 1 Singer. Kejayaan beliau di rantau Asia melayakkan beliau menerima gelaran Suara Asia dan Celine Dion Asia oleh peminat dan pakar muzik daripada dalam dan luar negara.

9) Lagunya Anta Permana ialah salah satu lagu yang dipilih oleh Raja Charles III dari England untuk The King’s Music Room, dikeluarkan di Apple Music untuk menandakan Hari Komanwel 2025.

10) Album debutnya pada 1996 terjual lebih 800,000 unit, menjadi antara album paling laris di Malaysia.

Baca juga: Pasangan dicekup lepas 5 tahun tinggal sebumbung, lahirkan dua anak luar nikah