10 tahun jadi tukang masak di Malaysia, ini rupanya ‘owner’ restoran Tom Yam di India

Oleh KIM SYAZIE

Seorang lelaki warganegera India yang menjadi sorotan di media sosial selepas membuka sebuah restoran makanan bercirikan masakan Malaysia di negaranya, akhirnya berkongsi cerita bagaimana idea itu tercetus.

Restoran dinamakan Tomyam Malaysia itu diusahakan Syed Ibrahim, 37, atau lebih dikenali sebagai Kani Boy yang memberitahu bahawa idea membuka restoran berkenaan tercetus selepas dia dan rakan kongsinya, Mohamed Sikkandar Kani pulang dari Malaysia, tahun lalu.

Dia mempunyai pengalaman bekerja di negara ini selama 10 tahun dan sangat mahir dalam menghasilkan makanan citarasa rakyat Malaysia seperti nasi lemak, sate, dan tomyam.

Lebih menarik, dia juga mengekalkan bahasa Melayu pada nama kedainya dan menu juga ditulis dalam bahasa kebangsaan negara ini.

“Saya belajar memasak semua dari Malaysia. Sejujurnya, restoran saya wujud sebab saya amat cintakan makanan Malaysia.

“Sebab itu saya bawa (masakan Malaysia) ke India dan tak sangka semua orang di sini amat sukakannya,” katanya menurut laporna Harian Metro.

Lebih menarik, restoran berkonsepkan jalanan itu mengekalkan 100 peratus rasa asli Malaysia dengan menggunakan bahan rempah ratus diimport dari Malaysia.

Katanya, antara menu popular dan sering menjadi pilihan pelanggan ialah nasi lemak, tomyam, sate, nasi goreng kampung dan ayam goreng berempah.

Malah, pernah satu ketika sehingga 2,000 cucuk sehari terjual dengan ada pelanggan yang memesan sehingga 300 cucuk.

“Sejak hari pertama beroperasi, restoran itu dikunjungi ramai termasuk pelanggan dari daerah lain seperti Kerala yang sanggup datang walaupun jarak lebih 600 kilometer.

“Sate paling laku, kadang-kadang sampai 2,000 cucuk sehari. Ada pelanggan beli sampai 300 cucuk. Kadang-kadang kami terpaksa tolak permintaan kerana tak mampu buat,” katanya lagi.

Baca juga: Eda Ezrin buat luahan di media sosial selepas dibebaskan