Masih ada individu yang memilih untuk bertahan dalam perkahwinan demi kelangsungan hidup anak-anak.
Tapi tak sedar dalam masa sama mengecewakan diri sendiri untuk kekal bertahan dalam hubungan yang sudah berakhir sekian lama.
Seorang wanita kekal bertahan dengan suami meskipun segala urusan diuruskan sendiri tanpa bantuan suami yang sering mengambil bahan terlarang.
Kisah tersebut dimuat naik menerusi Facebook ‘Kisah Rumah Tangga’.
Sebenarnya saya buntu perlu meneruskan perkawinan atau bercerai. Saya dah lama bertahan, sudah 13 tahun berkahwin.
Semua urusan rumah, anak saya yang urus, sakit pening saya pergi jumpa doktor sendiri, anak sakit saya pun saya yang bawa jumpa doktor semua.
Bab duit banyak gaji saya yang keluar, suami saya menghisap ice dan ganja. Penat sudah nasihat unruk berubah tapi tetap dengan perangai lama.
Semakin hari, hati saya makin tawar dengan perangai suami, dia terlalu yakin yang saya tak akan tinggalkan dia.
Bila bergaduh minta cerai suami akan cakap “saya tahu awak sayangkan saya”.
Sekarang bertahan kerana anak sahaja, saya fikir akan keadaan mental anak melebihi kebahagiaan saya.
Segala-gala urusan saya buat sendiri tanpa bantuan suami. Paling-paling pun dia cuma tolong cuci kain sahaja waktu cuti, yang lain jangan harap.
Kerja sekolah anak semua saya yang bantu dan ajar biar faham, suami lebih memilih tidur di hari cutinya.
Kadang-kadang dia lepak dengan kawan sampai pukul 6 pagi, seolah-olah diri tu masih bujang, tak ingat langsung anak isteri di rumah.
Sekarang saya betul-betul kecewa dengan sikap suami yang tak berubah, entah sampai bila boleh bertahan.