Dalam peniagaan makanan, apabila pelanggan meminta untuk peniaga ‘add on’ sesuatu, pasti peniaga akan mengenakan caj kepada pelanggan.
Namun perkara tersebut tidak berlaku kepada gerai di sebuah pasar malam ini. Gerai yang menjual roti john, pita dan kebab itu memberi satu notis kepada pelanggannya jika tidak mahu sayur, anda perlu membayar tambahan RM1 kepada peniaga.
Ianya kedengaran pelik tetapi itulah realiti yang berlaku di gerai pasar malam tersebut.
Pelanggan kena tambah RM1 jika tidak mahu sayur diletakkan. Jika fikir secara logik, sayur adalah kos kepada roti john dan kebab yang dijual. Jika kos dikurangkan, maka harga sepatutnya dikurangkan. Namun tidak bagi gerai ini.
Video notis gerai di pasar malam itu menjadi tular di tiktok dengan tontonan lebih 450K setakat artikel ini ditulis. Ada warganet yang berpendapat harga yang dikenakan adalah tidak rasional bagi mereka yang tidak memakan sayur. Tidak kurang juga yang menganggap ianya melucukan.
@meowmeowwwi1 no hashtags, this was meant for you
Ada juga yang berpendapat tambahan caj yang dikenakan adalah untuk penambahan daging di dalam kebab tersebut atas sebab ketiadaan sayur di dalamnya.
Seorang warganet turut memberi komen positif berkenaan hal ini yang mengatakan peniaga tersebut menggalakkan pelanggannya menjadi sihat dengan memakan sayur.
“nah hear me out bro this actually might be cara untuk menggalakkan gaya pemakanan yang sihat..”, kata warganet tersebut.
baca: Netizen India kecam rakyat Malaysia kibar jalur gemilang di Taj Mahal