16,117 kes Covid-19 baharu, tiga negeri catat lebih 1,000 kes

Oleh KIM SYAZIE

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini merekodkan 16,117 kes Covid-19 baharu.

Ini menjadikan keseluruhan kes Covid-19 dalam negara sebanyak 1,044,071.

Dari keseluruhan kes berkenaan, empat negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Kedah dan Johor yang dilaporkan mempunyai kes tertinggi

Selangor terus mencatatkan peningkatan kes dengan 6,616 setakat hari ini, diikuti Kuala Lumpur 2,457 kes.

Manakala Kedah 1,000 kes dan Johor 907 kes.

Sementara itu Sabah (741), Melaka (674), Negeri Sembilan (669), Pulau Pinang (618), Kelantan (592), Perak (583), Sarawak (405), Pahang (403), Terengganu (317), Putrajaya (122), Labuan (11), Perlis (2),