206 pelatih PLKN 3.0 gagal laporkan diri boleh dipenjara

Oleh ROSLAN ZAMAN

Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) adalah insiatif kerajaan Malaysia untuk golongan muda untuk membentuk disiplin dan jati diri dalam kalangan belia, meningkatkan lagi semangat patriotisme di kalangan generasi muda.

Masuk ke siri yang 3.0 pada 11 mei lepas, seramai 206 pelatih PLKN 3.0 siri 2 telah gagal melaporkan diri mereka pada tarik tersebut di Kem Rejimen 505 Askar Watanniah di Pekan Pahang.

Namun peluang kedua akan diberi kepada mereka untuk melapor diri sebelum 12 tenghari pada 16 mei hadapan.

pelatih plkn

Bagi mereka yang gagal juga menghadirkan diri, pelatih pelatih ini berdepan tindakan perundangan termasuk penjara dan didenda.

Memetik dari portal buletin tv3, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Latihan) JLKN, Brigadier Jeneral Zainudin Bahari menegaskan pelatih PLKN yang gagal melapor diri ini akan diminta untuk menyatakan alasan kenapa mereka tidak dapat melapor diri dengan alasan munasabah.

Kegagalan untuk menyatakan alasan munasabah atau tidak boleh diterima, ianya membuatkan pelatih PLKN 3.0 yang tidak melapor diri ini akan tertakluk di bawah Seksyen 18(1), Akta Latihan Khidmat Negara 2003.

Zainudin mengesahkan bahawa kes ini akan dibentangkan di Majlis Latihan Khidmat Negara  bagi membincangkan tentang keingkaran pelatih pelatih tersebut melapor diri.

baca: Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)program bursaryExco Pemuda Amanah NasionalAhmad Fadhli Umar Aminolhuda